Bagaimana Buat Duit Dengan Idea?
Bolehkah IDEA menjana kewangan? Sudah tentu boleh dengan yakin 100%. Cuba renungkan tentang Handphone, adakah Handphone sudah sedia wujud di dunia? Ia tercipta kerana IDEA.
Bolehkah IDEA buat duit? Kita ambil contoh diatas, Handphone pada mulanya dari IDEA – duit terhasil apabila Handphone dijual kepada pengguna.
Contoh diatas mungkin dalam keadaan samar-samar atau belum jelas bagi anda, namun jangan bimbang kerana anda akan memahaminya sebentar lagi – teruskan pembacaan.
Bagaimana Buat Duit Dengan Idea? Ada baiknya jika saya ceritakan pengalaman sendiri.
Saya buat duit dengan IDEA bermula pada tahun 2002, waktu itu saya bekerja di Pandan Indah, KL. Hidup di Bandar memang besar kesukarannya kerana kos hidup yang tinggi, kebanyakkan perkara memerlukan wang. Tidak perlu dijelaskan lagi mengenai status kewangan ketika itu – memang parah.
Ketika itu saya menyewa bilik master room serba lengkap - ada dapur dan tandas. Dengan sewa bulanan yang tentunya anda boleh menekanya. Bayar itu bayar ini, beli itu beli ini maka tinggallah beberapa keping duit syiling dalam dompet. Setiap pertengahan bulan pasti ikat perut hingga badan jadi kurus kering macam lidi. Mungkin juga macam ikan kering. Penat-penat bekerja pagi ke petang, gaji sebulan hanya cukup menampung untuk 2 minggu sahaja. Huh!!. Terasa geram kerana bekerja hanya untuk mengkayakan orang lain.
Suatu pagi di hujung minggu, saya duduk di bawah pokok di pinggir Bandar – termenung dengan fikiran bagaikan tsunami. Betul-betul di depan saya ada sarang laba-laba dengan tuannya. Nampak termenung macam saya – sama seperti lirik sebuah lagu ”kita serupa”. Namun ternyata saya silap besar, laba-laba itu termenung sambil menunggu habuan yang bakal tersangkut di sarangnya. Laba-laba itu tidak perlu bersusah-payah mengejar atau menangkap serangga untuk dijadikan makanannya. Serangga itu datang sendiri untuk laba-laba.
Saya berfikir, bertanya dan menjawab sendiri. Bolehkah duit datang sendiri kepada saya? Jika laba-laba ada rumah yang bertindak sebagai jerat untuk mendapatkan makanan, saya juga harus ada jerat untuk menangkap duit. Jika laba-laba mampu mendapatkan makanan dari rumahnya, saya juga harus mampu buat duit dari rumah. Tapi bagaimana? Apa caranya? Bagaimana buat duit dari rumah?
Bagaimana buat duit dari rumah? Saya telahpun menemuinya dan inilah yang ingin saya kongsikan kepada anda. Terima kasih kepada laba-laba. Kenapa tajuk artikel ini ”Bagaimana Buat Duit Dengan IDEA”? Yang dipilih, sebabnya mudah sahaja – semua perkara yang hendak dirancang adalah bermula dari IDEA.
Semua manusia dibekalkan otak dan antara fungsinya ialah mencari IDEA – saya berikan beberapa contoh. Jika kanak-kanak ingin makan ais krim – dia dapat IDEA untuk minta duit untuk membelinya. Jika lelaki nampak si gadis manis - pasti dia mencari IDEA bagaimana menegurnya. Jika dan jika yang seterusnya – pasti perlukan IDEA.
Jadi!!...anda sendiri pasti mampu mencari IDEA ”Bagaimana Buat Duit Dengan IDEA” – carilah idea tidak kira IDEA itu yang halal atau yang haram tetapi ingin saya ingatkan, janganlah IDEA yang haram itu menjadi produk kita – jangan sampai IDEA hebat itu membawa anda ke penjara. Simpan sahaja IDEA yang haram untuk diri sendiri, siapa tahu suatu hari nanti IDEA itu boleh ditukar menjadi halal. Terus cari dan kumpulkan di sebuah buku.
Di waktu saya belum menemui jawapan kepada soalan ”Bagaimana Buat Duit Dari Rumah”. Saya banyak berfikir, bertanya dan menjawab sendiri - kenapa?, bagaimana?, mengapa?, bila?, dimana? Dan saya tuliskan di sebuah buku semua pertanyaan dan jawapan itu. Hingga penuh sebuah buku setebal 120 muka surat dan bersambung di buku yang baharu – tetapi untuk mencari pertanyaan dan jawapan itu bukannya mudah, banyak pengorbanan yang saya laburkan. Saya korbankan masa, tenaga dan wang. Walaupun waktu cuti kerja, ketika itu tiada masa untuk berehat. Dengan baki wang yang sepatutnya diguna untuk sara hidup – saya gunakan untuk membeli buku-buku, saya sedar hanya dengan membaca buku yang berkaitan dapat menyelesaikan semua persoalan dan sekaligus mampu menjawabnya. Saya kenal siapa dia Napoleon Hill, saya tahu siapa dia Daniel Ruthman dan banyak lagi penulis-penulis yang hebat melalui buku mereka.
Perlu mencari input sebelum mampu mendapat output. Cari ilmu dan bersedia berkorban masa,tenaga dan wang untuk mendapatnya. Dan akhirnya, setelah berminggu-minggu berkorban - saya berjaya menemuinya.
Bagaimanapun, saya tidak menghebohkan disini - saya hanya berikan kepada mereka yang betul-betul berminat mengetahuinya.
Sila hantar email anda di inbok fb saya untuk mengetahui apakah jawapan yang saya temui mengenai ”Bagaimana Buat Duit Dengan Idea” dalam bentuk ebook (pdf). Jangan bimbang ianya percuma. Saya sarankan anda menggunakan gmail kerana kurang cerewat berbanding yang lain. Bagaimanapun, jika tiada gmail – gunalah apa yang ada.
Sila copy&paste ”Bagaimana Buat Duit Dengan Idea” dan hantar di inbok fb saya atau SMS sahaja ke 0128314980 (sms sahaja) bersama email anda. Link download akan diberikan.
Dapatkan ebook ”Bagaimana Buat Duit Dengan Idea” (sila download untuk melihat dalam format pdf) khas untuk anda yang berminat dan ianya percuma. Diulangi lagi PERCUMA..ya PERCUMA..perlu saya ulang..ya memang FREE...perlu diulangi...cukuplah.
Matthew Medili @ facebook